Pn. Nor Akmar bt Abdul Rahman
(Ketua Bidang Pengajian Bahasa),
Pn. Nor'aini bt Ahmad
(Ketua Panita),
Pn. Rohani bt Alias
(Guru Cemerlang Bahasa Melayu),
Pn. Nor'aini bt Mohd Kassim,
En. Ahmad Kemunchak b. Abdul Karim,
Pn. Murnyani bt Shaharuddin,
Pn. Fazidah bt Kamaruddin,
Pn. Zonairita bt Othman,
Pn.Rachel Lisa a/p Mariadass
Pn. Azmawathy bt Mahamud,
Pn. Hasni bt Hassan,
Pn. Sharifah Ruhayati bt Syed Ahmad,
En. Mohammad Allhapees b Che Dan,
Pn. Norasimah bt Mustar,
Pn. Khobsah bt Jaafar,
Pn. Badriah bt Che Hassan.
Aluan Ketua Panitia
Assalamualaikum w.b.t dan Salam muhibah.
Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang Indah itu bahasa.
Terlebih dahulu bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t atas izin dan kurnia-Nya, maka laman blog Panitia Bahasa Melayu SMK Rapat Setia dapat dilancarkan hari ini.
Sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih buat semua ahli Panita Bahasa Melayu yang telah merealisasikan laman blog ini sebagai satu wadah dalam usaha "Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris".
"Bahasa Jiwa Bangsa. Justeru, peranan bahasa bukan sahaja sebagai wahana pertuturan malah penyatu sesuatu bangsa dan kaum di sesebuah negara. Bahasa juga adalah jambatan komunikasi antara negara. Maka, bahasa harus dipupuk, ditanam, serta dicintai oleh segenap lapisan masyarakat agar terus gah di persada buana.
Sebagai warga pendidik dan pejuang bahasa, hakikatnya perjuangan kita masih belum selesai. Usaha menggemilangkan bahasa kebangsaan terletak di pundak kita. Ayuh kita semarakkan bahasa kebangsaan kita. Persis kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. "Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa".
0 comments:
Post a Comment